1. Pengenalan
Terma dan Syarat ini (“Terma”) mengawal akses dan penggunaan anda terhadap Portal Semak Kasih (“Portal”), yang dikendalikan secara bersama oleh Persatuan Takaful Malaysia (“MTA”) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (“LIAM”) (secara bersama dirujuk sebagai “kami”, “kita”, atau “milik kami”).
Dengan mendaftar dan menggunakan Portal ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma ini, anda tidak dibenarkan mengakses atau menggunakan Portal tersebut.
2. Tujuan Portal
Portal ini disediakan bagi membolehkan individu mengesahkan kewujudan sijil takaful dan polisi insurans dan yang dikeluarkan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans yang mengambil bahagian di Malaysia.
Portal ini:
- Hanya mengesahkan kewujudan perlindungan (jika berkenaan).
- Tidak menyediakan butiran polisi atau sijil takaful, manfaat, nilai kewangan, atau terma kontrak.
- Tidak merupakan nasihat kewangan atau perkhidmatan kontraktual.
- Tidak menjamin bahawa mana-mana individu berhak menerima manfaat di bawah sesuatu polisi atau sijil takaful.
Sebarang kelayakan bagi menerima manfaat adalah tertakluk kepada terma dan syarat polisi atau sijil takaful yang berkaitan, penilaian pengunderaitan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful yang berkaitan, serta pematuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa dan keperluan kontraktual yang berkaitan.
3. Kelayakan dan Pendaftaran
Bagi menggunakan Portal ini, anda hendaklah:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
- Memberikan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini semasa proses pendaftaran.
- Menggunakan Portal hanya bagi tujuan yang sah di sisi undang-undang.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kerahsiaan maklumat log masuk anda serta semua aktiviti yang dijalankan di bawah akaun anda.
Kami berhak untuk menggantung atau menamatkan mana-mana akaun yang memberikan maklumat palsu atau yang didapati menyalahgunakan Portal ini.
4. Penggunaan Yang Dibenarkan
Anda bersetuju untuk menggunakan Portal ini semata-mata bagi tujuan pengesahan perlindungan yang sah.
Anda tidak dibenarkan untuk:
- Mengakses atau cuba mengakses maklumat perlindungan individu lain tanpa kebenaran yang sewajarnya.
- Menggunakan Portal bagi tujuan penipuan, menyalahi undang-undang atau berniat jahat.
- Mengganggu, menjejaskan atau cuba mengganggu keselamatan atau fungsi Portal.
- Melakukan kejuruteraan songsang (reverse engineering), pengutipan data (scraping), pengekstrakan atau penghasilan semula data Portal.
- Menggunakan sebarang alat automatik, bot atau skrip bagi mengakses Portal.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran boleh mengakibatkan penggantungan akaun dan/atau tindakan undang-undang.
5. Ketepatan Maklumat
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua maklumat yangdikemukakan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan.
Kami bergantung kepada data yang dibekalkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang mengambil bahagian. Walaupun usaha yang munasabah diambil untuk memastikan ketepatan sistem:
- Kami tidak memberi jaminan bahawa rekod adalah lengkap, terkini atau bebas daripada kesilapan.
- Keputusan “Tiada Rekod Ditemui” tidak semestinya bermaksud bahawa tiada perlindungan wujud.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan maklumat,anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful yang berkaitan secara terus.
6. Penafian Jaminan
Portal ini disediakan atas dasar “seadanya” dan “sebagaimana tersedia”.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, kami:
- Tidak membuat sebarang representasi atau jaminan berhubung dengan ketersediaan, ketepatan atau kebolehpercayaan Portal.
- Tidak menjamin bahawa operasi Portal akan berterusan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan
- Tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan sistem, kegagalan teknikal atau kesilapan penghantaran data.
7. Had Liabiliti
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, MTA dan LIAM tidak akan bertanggungjawab terhadap:
- Sebarang kerugian tidak langsung, sampingan, berbangkit atau kerugian khas.
- Kehilangan keuntungan, data, reputasi baik (goodwill) atau peluang.
- Sebarang keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Portal.
Tiada apa-apa dalam Terma ini boleh ditafsirkan sebagai mengecualikan liabiliti sekiranya pengecualian tersebut adalah dilarang di bawah undang-undang.
8. Perlindungan Data dan Privasi
Penggunaan Portal ini adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami.
Dengan menggunakan Portal ini, anda bersetuju terhadap pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi serta undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
9. Penggantungan dan Penamatan
Kami berhak untuk:
- Menggantung atau mengehadkan akses kepada Portal pada bila-bila masa.
- Menamatkan akaun sekiranya berlaku pelanggaran terhadap Terma ini.
- Mengubah, mengehadkan atau menghentikan Portal (sama ada secara keseluruhan atau sebahagian) tanpa notis terlebih dahulu.
10. Harta Intelek
Semua kandungan, reka bentuk, logo, tanda dagangan dan seni bina sistem Portal adalah dimiliki oleh atau dilesenkan kepada MTA dan LIAM.
Anda tidak dibenarkan untuk menghasilkan semula, mengedarkan, mengubahsuai atau mengeksploitasi secara komersial mana-mana bahagian Portal tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak kami.
11. Pindaan
Kami berhak untuk meminda atau mengemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Terma yang telah dipinda akan diterbitkan di Portal.
Penggunaan berterusan Portal selepas penerbitan Terma yang dipinda akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Terma yang telah disemak tersebut.
12. Undang-undang dan Bidang Kuasa
Terma ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Portal ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.