Soalan Lazim
Portal Semak Kasih merupakan sebuah platform dalam talian yang membolehkan orang awam membuat semakan atau pengesahan sama ada mereka mempunyai sijil takaful atau polisi insurans yang direkodkan dengan pengendali takaful atau syarikat insurans yang mengambil bahagian.
Pengguna yang berdaftar dan berumur 18 tahun ke atas boleh membuat semakan melalui portal.
Semakan hanya tersedia bagi produk Takaful Keluarga dan Insurans Hayat pada masa ini.
Buat masa ini, hanya Personal Accident, Hospitalization and Surgery, Life Insurance, Family Takaful, Travel Insurance, Critical Illness, dan Hospital Cash/Income.
Untuk membuat semakan, anda perlu menyediakan nombor Kad Pengenalan (KP) individu yang ingin disemak perlindungannya.
Ya. Pendaftaran dalam talian adalah wajib sebelum sebarang semakan boleh dibuat melalui portal ini.
Maklumat berikut diperlukan semasa proses pendaftaran:
- Nama penuh anda
- Nombor Kad Pengenalan (KP)
- Alamat e-mel yang sah
- Nombor telefon bimbit yang sah
Tidak. Perkhidmatan semakan melalui Portal Semak Kasih disediakan secara percuma.
Tidak. Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil takaful atau polisi insurans serta memaparkan nama pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sijil atau polisi, pengguna perlu menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkenaan secara terus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sijil atau polisi, pengguna perlu menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkenaan secara terus.
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah atau memerlukan bantuan lanjut semasa menggunakan portal ini, sila hubungi ISM di semakkasih@ism.net.my.
Daftar akaun di portal dengan memasukkan nama penuh, nombor Kad Pengenalan (KP), alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.
Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke akaun anda untuk mengakses fungsi semakan.
Masukkan maklumat yang diperlukan:
- Nombor Kad Pengenalan (KP) Waris Terdekat
- Muat naik sijil kematian (jika diperlukan)
Jika rekod ditemui, portal akan memaparkan nama pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan.
Sila hubungi pengendali takaful atau syarikat insurans yang dipaparkan pada skrin untuk mendapatkan maklumat lanjut serta panduan seterusnya.
Sekiranya keputusan semakan menunjukkan rekod, sila hubungi pengendali takaful atau syarikat insurans yang dipaparkan pada skrin semakan.
Sekiranya portal menunjukkan bahawa sijil takaful atau polisi insurans wujud, pengguna perlu menghubungi terus pengendali takaful atau syarikat insurans yang dipaparkan pada skrin untuk proses seterusnya.
Portal Semak Kasih tidak memproses tuntutan atau menyediakan perkhidmatan berkaitan tuntutan. Segala pertanyaan, penghantaran dokumen, dan susulan berkaitan tuntutan hendaklah diuruskan oleh pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan mengikut prosedur masing-masing.
Portal Semak Kasih tidak memproses tuntutan atau menyediakan perkhidmatan berkaitan tuntutan. Segala pertanyaan, penghantaran dokumen, dan susulan berkaitan tuntutan hendaklah diuruskan oleh pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkaitan mengikut prosedur masing-masing.
Nasihat Pakar. Penyedia Dipercayai. Perlindungan Tepat.
Hantar Pertanyaan